Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

About me

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca. Dunia masakan adalah merupakan salah satu cara saya mengekspresi diri dan lari sebentar dari kesibukan kerja. Saya menulis blog ini sekadar untuk suka-suka dan berkongsi dengan rakan-rakan pembaca yang lain resepi-resepi dan pelbagai tips.


Saya merupkan seorang pensyarah di salah sebuah IPTA di Malaysia dan sekarang saya sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Australia.Blog ini juga adalah sebagai salah satu medium saya berkongsi dengan pembaca tentang apa yang menarik di Australia dari segi makanan dan juga budaya masyarakat di sini.

Minat saya dalam bidang masakan telah lama berputik kerana sejak dari kecil lagi ibu sentiasa membiasakan kami adik beradik memasak. Setelah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, minat memasak semakin berkembang. Tambahan pula suami 'rela' mencuba pelbagai resepi yang saya masak dan anak pula merupakan peminat nombor satu kek yang saya sediakan.

Semoga apa yang saya kongsikan di blog ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog Mama Dee ini.


Mama Dee.

Saya boleh dihubungi melalui email:
diyana.mahmud@yahoo.com